Arahan :
Senaraikan 5 isi penting berdasarkan teks di bawah.
Bina karangan anda sendiri berdasarkan isi penting tersebut
Tajuk : “Punca Kemalangan Jalan Raya”
Hampir setiap hari kita mendengar tentang kemalangan jalan raya. Kemalangan ini mengakibatkan banyak nyawa terkorban. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan kemalangan jalan raya.
Salah satu puncanya adalah memandu melebihi had kelajuan yang diteapkan. Biasanya pihak kerajaan akan menetapkan had laju di kawasan-kawasan tertentu seperti di bandar. Apabila had laju ini tidak dipatuhi, kemalangan akan berlaku.
Selain itu, pemilik kenderaan tidak memeriksa kenderaan mereka sebelum memulakan perjalanan. Jika kerosakan berlaku ketika dalam perjalanan, ini akan membahayakan nyawa pemilik kenderaan itu dan pengguna jalan raya lain.
Sikap sesetengah pemandu menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba juga amat membahayakan. Mereka tidak mempedulikan pengguna jalan-raya yang lain. Tindakan ini mungkin akan mengakibatkan berlakunya kemalangan.
Sesetengan pemandu pula menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Ini menyebabkan pemandu kurang memberi tumpuan sepenuhnya semasa memandu. Keadaan ini juga boleh mengakibatkan berlakunya kemalangan.
Kesimpulannya, kemalangan jalan raya berpunca daripada sikap manusia dan pengguna jalan raya itu sendiri.Kerajaan patut mengetatkan undang-undang jalan raya untuk kepentingan kita bersama.