Selamat Datang


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 20 November 2010

Arahan :

Senaraikan 5 isi penting berdasarkan teks di bawah.

Bina karangan anda sendiri berdasarkan isi penting tersebut



Tajuk : “Punca Kemalangan Jalan Raya”


Hampir setiap hari kita mendengar tentang kemalangan jalan raya. Kemalangan ini mengakibatkan banyak nyawa terkorban. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan kemalangan jalan raya.

Salah satu puncanya adalah memandu melebihi had kelajuan yang diteapkan. Biasanya pihak kerajaan akan menetapkan had laju di kawasan-kawasan tertentu seperti di bandar. Apabila had laju ini tidak dipatuhi, kemalangan akan berlaku.

Selain itu, pemilik kenderaan tidak memeriksa kenderaan mereka sebelum memulakan perjalanan. Jika kerosakan berlaku ketika dalam perjalanan, ini akan membahayakan nyawa pemilik kenderaan itu dan pengguna jalan raya lain.

Sikap sesetengah pemandu menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba juga amat membahayakan. Mereka tidak mempedulikan pengguna jalan-raya yang lain. Tindakan ini mungkin akan mengakibatkan berlakunya kemalangan.

Sesetengan pemandu pula menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Ini menyebabkan pemandu kurang memberi tumpuan sepenuhnya semasa memandu. Keadaan ini juga boleh mengakibatkan berlakunya kemalangan.

Kesimpulannya, kemalangan jalan raya berpunca daripada sikap manusia dan pengguna jalan raya itu sendiri.Kerajaan patut mengetatkan undang-undang jalan raya untuk kepentingan kita bersama.

Sabtu, 4 September 2010

Memori Indah

Bercuti bersama keluarga di Cameron Highlands.

Minggu Bahasa SK. Berisu

Tahniah kepada para pemenang pertandingan.
En. Rosli b. Abu Bakar menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Minggu Bahasa SK.Berisu

Persembahan murid-murid tahun tiga

Persembahan murid-murid tahun enam.

Rabu, 25 Ogos 2010

Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu UPSR

BAHAGIAN C
  1. Kenal pasti arahan. .....pengajaran,nilai murni,amalan baik.-- Apa bezanya?
  2. Kenal pasti tema pedtikan supaya lebih mudah untuk mengulas.
  3. Baca ayat demi ayat untuk mencari pengajaran/nilai murni/amalan baik.
  4. Senaraikan idea dan huraian secara ringkas sebelum menulis dikertas soalan.
  5. Mulakan ulasan dengan : Pengajaran/Nilai murni/Amalan baik daripada petikan ialah kita hendaklah ..........
  6. Gunakan kata ganti nama"kita " dalam ayat.
  7. Masukkan kata-kata positif/baik.
  8. Gunakan penanda wacana/kata hubung ketika menyambung ayat.
  9. Pastikan jumlah perkataan sesuai dengan kehendak soalan.

PANDUAN /LANGKAH

  1. Teliti bahan. - a. arahan b. tema petikan
  2. Bacaan skimming . (keseluruhan)
  3. Camkan idea/isi.
  4. senaraikan idea.
  5. Buat ulasan.

Teknik menjawab Bahasa Melayu Kertas 2

Teknik Menjawab Bahagian A
1. Ayat yang dibina mestilah mengenai apa yang terdapat dalam
gambat dan tersurat.
(Ayat yang tersirat boleh dijadikan sebagai pelengkap ayat
sahaja)
2. Tulis kata kunci berdasarkan gambar. (Kata kunci tidak boleh
berulang)
3. Ayat perlu dinomborkan: 1- 5
4. Ayat yang dibina mestilah seimbang mengikut jumlah gambar.
(ada nisbah)
5. Ayat yang dibina perlulah gramatis/betul dari segi
tatabahasanya.
6. Elakkan menulis ayat tentang perkara yang tidak terdapat
dalam gambar..
7. Ayat yang ditulis perlu dikembangkan dengan sempurna
menggunakan kata hubung
atau penanda wacana.
8. Boleh berikan watak pada gambar /diri sendiri.
9. Jangan menulis lebih daripada 5 ayat.
10. Jangan memberi pandangan peribadi tentan gambar.
11. Semak segala kesalahan jika ada.

Isnin, 23 Ogos 2010

Renung-renungkan



Mengenali seseorang itu
Kekadang membuat kita ketawa,
Mengenali seseorang itu juga,
Membuat kita mengalirkan air mata,
Sesungguhnya,
Mengenali seseorang itu mampu,
Memberi kita sejuta rasa ,marah,sedih,gembira,
sayang,rindu.......tapi,
Sedarkah kita?
Mengenali seseorang itu
Sebenarnya 1Anugerah.
Biarpun hadirnya hanya seketika,
Dan sekaadar TEMAN SEMENTARA,
bersyukurlah dengan kehadirannya,
Kerana barangkali ,
Melaluinya kita mengenal apa itu erti
SAYANG.

Khamis, 5 Ogos 2010

Tingkatkan Ibadahmu

Ramadhan datang lagi untuk kesekian kalinya. Alhamdulillah Allah masih memberikan kita kesempatan untuk melaluinya. Mudah-mudahan segala amalan yang dilakukan akan mendapat ganjaran daripadaNYA.Amin...... SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK .......

Isnin, 21 Jun 2010

Syabas dan Tahniah!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kepada semua teman seperjuangan PGSR unit Bahasa Melayu Ambilan 2008 di IPRM.


TAHNIAH kerana telah berjaya menghasilkan blog masing-masing.


Terima kasih buat Dr. Khairuddin yang telah mengajar kami membuat blog.

Insyallah kami akan terus memurnikannya.

Khamis, 17 Jun 2010


Bina sebuah karangan autobiografi bertajuk 'Aku Sebuah Kereta'. Panjang karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan. Sila hantar tugasan anda sebelum 30 Jun 2010 di bilik saya.

Jawab soalan di bawah berdasarkan video Upin & Ipin

1. Berikan tiga nilai murni yang terdapat di dalam cerita
tersebut?
2. Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengatasi sikap
tamak?

Upin & Ipin

Gambar Sekolah

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Kebangsaan Berisu asalnya bernama Sekolah Melayu Berisu dan diasaskan pada tahun 1908. Ianya terletak dalam Daerah Alor Gajah dan berhadapan dengan Balai Polis Berisu.

Bangunan sekolah ini pada asalnya bertaraf sementara dan dibina secara bergotong –royong dengan dibantu oleh badan agama,ahli perniagaan dan orang perseorangan. Tokoh yang mengasaskan sekolah ini ialah Datuk Penghulu Latin.Keramaian murid ketika sekolah ini dibuka ialah 80 orang dengan tenaga pengajarnya seramai 3 orang. Darjah tertinggi ketika itu hanya setakat darjah 5. Guru Besar pertama ialah Cikgu Md Isa.

Luas kawasan tapak sekolah terawal ialah setengah ekar. Pada tahun 1926 Sekolah Melayu Berisu telah berpindah ke tapak baru yang terletak kira-kira setengah kilo meter dari bangunan yang lama. Keluasan tapak sekolah yang baru ialah 2 ekar 3rd 36 p. Pada tahun 1961 satu bangunan tambahan separa kekal satu tingkat dibina. 1983 bangunan kekal 4 tingkat dibina atas usaha guru Besar ketika itu Tn. Hj. Kassim bin. Md. Som.

Bangunan 4 tingkat ini menempatkan bilik pentadbir,bilik guru, pusat sumber ,bilik muzik,makmal komputer dan bilik darjah. Bangunan tambahan pula telah dijadikan dewan dan bilik pemulihan. Selain itu terdapat sebuah bilik j-Qaf dan bilik kemahiran hidup. Sebuah padang bola tampar turut dibina untuk kemudahan murid-murid. Bagi mencantikkan kawasan sekolah sebuah kolam turut dibina dan terdapat juga laluan ilmu untuk murid-murid membaca.

Kini Sekolah Kebangsaan Berisu mempunyai 12 orang tenaga pengajar dengan 3 orang kakitangan sokongan manakala bilangan murid seramai 53 orang. Sekolah Kebangsaan Berisu termasuk dalam kategori Sekolah Kurang Murid ( UE).

MISI & VISI SEKOLAH


MISI SEKOLAH

MENJADIKAN SEKOLAH KEBANGSAAN BERISU CEMERLANG DAN GEMILANG DI DAERAH ALOR GAJAH KHUSUSNYA DAN DI NEGERI MELAKA AMNYA MENJELANG 2010.


VISI SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN BERISU AKAN MELAHIRKAN MURID-MURID YANG CEMERLANG,BERKUALITI DAN SEIMBANG BERPAKSIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.

LAGU SEK. KEB. BERISU

BERUSAHA TAK KIRA MASA

GEDUNG ILMU KAN DITEROKAI

ISIKAN DADA ILMU BERGUNA

CABARAN SEDIA DITEMPUHI.

KAMI ANAK WARISAN BANGSA

WALAU MAJU TETAP BERBUDAYA

BANTU MEMBANTU SALING HORMATI

HIDUPKAN DIBERKATI.

OH SEKOLAH KU NAMA MU TERUNGGUL

SK BERISU YANG MASYHUR

TINGKAT KUALITI DAN PRESTASI.

DENGAN IKRAR KAMI SEMUA

KAN KAMI PERTAHANKAN BERSAMA

MARUAH AGAMA, BANGSA , NEGARA,

MALAYSIA YANG MERDEKA

Gambar Guru Bahasa Melayu